AGENSI Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Kelantan telah membekukan cuti lebih 130 anggotanya bagi menghadapi sebarang kemungkinan susulan ketibaan musim tengkujuh.
Pengarah APMM Kelantan, Kepten Maritim Muhammad Nur Syam Asmawie Yaacob berkata, pembekuan cuti itu telah dikuatkuasa bermula 1 November lalu sehingga satu tarikh yang akan ditetapkan kemudian.
“Ini bagi membolehkan persediaan dilakukan," katanya dipetik Sinar.
Tambahnya Sebahagian anggota juga telah ditugaskan untuk membantu agensi pengurusan bencana yang lain manakala sebahagian lagi menjalankan tugas hakiki penguatkuasaan di perairan negara secara bergilir.
"Kita akan cuba membantu agensi pengurusan bencana sebaik mungkin menggunakan aset yang ada selain menempatkan anggota di kawasan tertentu yang memerlukan bantuan pihak kami," tambahnya lagi.
Terdahulu, Polis Kelantan turut dilapor telah membekukan semua cuti anggota dan pegawainya bagi persediaan berdepan situasi banjir.
Pihak berkuasa polis sebelum ini memberi amaran bahawa kesemua 10 jajahan di Kelantan berisiko dilanda banjir susulan kedatangan Monsun Timur Laut (MTL).
0 Comments