LALUAN di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) dekat Terowong Menora hari ini sesak teruk sehingga menyebabkan kesesakan trafik sepanjang tujuh kilometer.
Ia susulan dua kemalangan yang berlaku di laluan tersebut.
kemalangan pertama membabitkan sebuah treler dan lori di Kilometer 264.0 arah utara yang menyekat laluan.
Menurut Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak berkata, kemalangan itu juga menyebabkan seorang mangsa, yang merupakan penumpang lori, mengalami kecederaan.
"Kami terima panggilan pada pukul 6.19 pagi mengenai kemalangan itu, seterusnya anggota dan jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Meru Raya bergegas ke lokasi kejadian.
"Sampai di lokasi, kami mendapati kemalangan melibatkan sebuah treler dan lori.
"Seorang mangsa wanita, iaitu penumpang lori, dipercayai berumur 36 tahun, bagaimanapun hanya mengalami kecederaan dan tidak tersepit," katanya dalam satu kenyataan.
Katanya lagi, anggota bomba bertindak mengeluarkan mangsa dan seterusnya diserahkan kepada pihak perubatan untuk tindakan lanjut dan operasi tamat jam 7. 29 pagi tadi.
Sementara itu dalam satu insiden berasingan sekitar jam 6.50 pagi itu dilaporkan berlaku di Kilometer 258.3 arah selatan akibat sebuah lori terbabas melanggar pembahagi jalan.
Twitter rasmi Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) memaklumkan, trafik sesak disebabkan semua lorong terhalang.
"Setakat jam 1.15 tengah hari tadi, lorong kanan dan tengah telah dibuka, hanya laluan kiri masih ditutup dan trafik masih perlahan.
"Kerja-kerja pengalihan dan pembersihan sedang dijalankan," katanya LLM.

0 Comments