GERAK kerja dan keutuhan KEADILAN di Bera tidak terjejas sekalipun timbul isu pemecatan Ketua Cabang KEADILAN kawasan itu, tegas Fuziah Salleh.
FUziah, yang merupakan Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Pahang berkata, MPN Pahang sentiasa mematuhi dan akur dengan keputusan yang dibuat oleh parti.
"Saya telah mengambil maklum tentang pemecatan beliau (Zakaria) berkuat kuasa serta-merta melalui Mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP)," katanya
Pada Ahad, Zakaria yang juga adalah Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) dipecat susulan terkaitan kes salah laku rasuah dan suapan ketika pemilihan parti tahun lepas.
BACA: Mengapa Zakaria Hamid dipecat dari KEADILAN?
Turut dipecat adalah seorang lagi ahli parti itu dari Pahang.
Menurut jawatankuasa disiplin parti itu, keputusan dibuat setelah meneliti surat diterima parti itu daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang menasihati tindakan diambil terhadap kedua-dua mereka.
Presiden KEADILAN, Datuk Seri Anwar dalam ketika mengulas isu pemecatan itu berkata, kedua-dua mereka masih boleh merayu terhadap keputusan itu.
BACA: Zakaria boleh rayu, namun KEADILAN tegas benteras rasuah
Namaun kandungan surat oleh SPRM berhubung terkaitan mereka atas dakwaan itu sangat serius, tambahan parti itu tegasnya tegas dalam membenteras sebarang bentuk penyalahgunaan kuasa dan rasuah.
0 Comments