Penerima Anugerah Kajai tutup usia


BEKAS pemenang Anugerah Kajai 1983, Hambali Abdul Latiff, 65, dilapor meninggal dunia awal pagi tadi.

Difahamkan, Bekas wartawan Berita Harian (BH) itu menhembuskan nafas terakhirnya kira-kira jam 4.30 pagi di kediamannya di Taman Permint Jaya, Chendering, Kuala Terengganu.

Perkara itu dikongsikan anak Allahyarham, Irfan Rafiqin, menerusi muat naik di Facebooknya, pagi ini.

“Salam kepada yang mengenali Hambali Abdul Latiff. Saya selaku anaknya meminta ampun, doa dan halalkan hutang serta makan minumnya (bagi pihak arwah).

“Beliau (Allahyarham) menghembuskan nafas terakhirnya pada jam 4.30 pagi ini.

“Arwah ayah menghidap beberapa penyakit seperti berkaitan jantung dan komplikasi buah pinggang," tulisnya.

Sebagai rekod, Anugerah Kajai ialah anugerah tertinggi dalam senarai anugerah tahunan Institut Akhbar Malaysia (IAM). ia diberikan kepada wartawan yang menghasilkan tulisan-tulisan yang memberi aspirasi dan motivasi melalui karya mereka.

Pada 1983, Hambali memenangi Anugerah Kajai dengan laporan berjudul ‘Meninjau Kehidupan dan Masalah Pekan Koboi di Rengit’.

Sementara itu difahamkan, Allahyarham telah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sheikh Ibrahim pada jam 10.45 pagi tadi.

Post a Comment

0 Comments