Pelajar maut langgar kereta guru


SEORANG pelajar dilapor maut apabila motosikal ditungganya melanggar kenderaan dipandu seorang guru.

Dalam kejadian di KM 157 Jalan Kuala Lumpur-Kuantan dekat Temerloh semalam, mangsa Ahmad Daniel Mohd Nor,15, meninggal dunia di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah di kepala.

Ketua Polis Daerah Temerloh,Asisten Komisioner Mohd Yusri Othman berkata, siasatan awal mendapati mangsa yang beralamat dari Kampung Paya Siput itu dari arah Kuala Lumpur menghala ke Kuantan.

Mangsa merempuh kereta seorang guru
Menurutnya, apabila tiba di tempat kejadian sebuah kereta Nissan Almera yang dipandu guru wanita berusia 53 tahun keluar dari simpang.

Mangsa yang tidak sempat mengelak dan melanggar bahagian pintu hadapan sebelah kanan kereta berkenaan.

"Akibat pelanggaran, mangsa tercampak ke atas jalan dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian manakala pemandu tidak mengalami kecederaan," katanya dalam satu kenyataan.

Tambah Mohd Yusri kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Mayat mangsa pula dibawa ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah Temerloh untuk bedah siasat.

Post a Comment

0 Comments