MLM2019: OnxOn tersingkir, Jborn paling syok


PERJUANGAN kumpulan OnxOn atas pentas Maharaja Lawak Mega 2019 (MLM2019) berakhir malam tadi.

Pada persembahan dari Royal Theatre Shah Alam yang disiar secara langsung itu, juri mengumumkan penyingkiran trio dianggotai Azrul, Gbob dan Che Mat itu. 

Juri tetap, Najib Ali menyifatkan kumpulan itu belum berjaya memberi rasa dan menunjukkan kekuatan mereka dalam persembahan komedi yang ditampilkan yang menyebabkan mereka gagal menarik perhatian.

Selain OnxOn, tiga lagi peserta yang berada pada kedudukan terendah untuk minggu ini ialah Puteh, Jambus dan Rojak.

Persembahan malam tadi turut menyaksikan kumpulan Smart sekali lagi diumumkan sebagai pemenang Oppo Punchline Machine menerusi undian penonton.

Manakala Flamintoz Kumpulan Paling Syok pula menjadi milik kumpulan Jborn yang berjaya menarik perhatian barisan juri menerusi markah tertinggi yang diperoleh.

Selain Najib Ali, kesemua peserta turut diadili juri tetap yang terdiri daripada Inul Daratista, Lisa Surihani dan Datuk Jamal Abdillah.

Program yang dihoskan oleh Datuk AC Mizal itu menggabungkan pelawak daripada Malaysia, Indonesia, Singapura dan Brunei, bersama-sama berentap untuk merebut gelaran Juara dan membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM500,000.
 

Post a Comment

0 Comments