Mesyuarat 'kartel' tak wakili AMK P.Pinang - Fahmi Zainol


ANGKATAN
Muda KEADILAN (AMK) Pulau Pinang memberi amaran kepada media bahawa mesyuarat pemimpin sayap itu yang mahu dijalankan di negeri itu malam ini sebagai bukan mesyuarat rasmi.

Ketuanya, Fahmi Zainol berkata, mesyuarat yang dijadualkan itu hanya melibatkan kelompok 'kartel' yang memihak kepada Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Mohammed Azmin Ali.

"Kami terpaksa mengeluarkan kenyataan selepas jemputan dihantar kepada media, dan pemimpin-pemimpin dan ahli-ahli kami, dengan menggunakan nama sayap AMK Pulau Pinang.

"Penafian kami selaras dengan mesyuarat jawatankuasa AMK pusat di mana ahli telah memilih untuk memberi tumpuan kepada isu yang melibatkan golongan muda dan rakyat, yang memerlukan perhatian yang serius.

"Elak sebarang usaha atau tindakan yang boleh memberi ruang untuk konflik antara golongan muda dalam PKR," tegas Fahmi.

Difahamkan, sekelompok penyokong Azmin merancang mengadakan 'mesyuarat' di Keadilan Square, di Jalan Baru.

Sebelum ini AMK Selangor menolak keputusan dalam apa yang dipanggil 'mesyuarat' yang dipengengerusikan pembantu khas Azmin, Hilman Idham di Shah Alam. 


BACA:
AMK Sgor tolak mesyuarat 'kartel'

Ditanya sama ada beliau tahu apa apa yang akan dibincangkan mesyuarat berkenaan, Fahmi menjawab, "Mungkin, mereka mahu buat pengumuman tertentu selepas perbincangan mereka".

Terdahulu, penyokong Azmin mendesak  agar pemimpin mereka itu dipilih merasmikan kongres AMK yang dianjurkan bulan depan, sedangkan AMK melalui mesyuarat mereka secara sebulat suara mahu ia dirasmikan bekas Presiden, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai tanda penghargaan dan pengorbanan Dr Wan Azizah sejak parti itu ditubuhkan lebih 20 tahun lalu.

Sebagai rekod, media sebelum ini melaporkan, Azmin tidak pernah menghadirkan diri ke mesyuarat pemimpin tertinggi parti itu sejak dilantik semula sebagai timbalan.

Sehubungan itu sesetengah pihak berpendapat, Azmin tidak lagi boleh dianggap individu yang layak merasmikan kongres tersebut kerana dianggap telah hilang kepimpinan.

Sementara itu, Pengarah Komunikasi AMK negeri, Nor Afni Md Yusuff menyifatkan mereka yang menghantar notis palsu tanpa kelulusan Fahmi sebagai pihak tidak bertanggungjawab.

Nor Afni menggesa individu yang terlibat dalam mesyuarat itu supaya tidak menjemput media kerana acara itu tidak 'sah'.

Tinjuan di lapangan kini mendapati penyokong dikalangan akar umbi menyifatkan golongan pro kartel sebagai pengkhianat.

Post a Comment

0 Comments