SEORANG Anggota tentera maut manakala isterinya parah selepas mereka terlibat kemalangan di Kilometer 2.5 Air Kuning Selatan dekat Tampin semalam.
Dalam kejadian jam 7. 30 pagi itu, Zahairul Azwan Zainudin, 32, dalam perjalanan ke Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Jana bagi menghantar isterinya, Nur Fadzihan Qmir,31, seorang guru yang bertugas sebagai pengawas Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Negeri Sembilan, Superintendan Ibrahim Mohd Abdul Kadir berkata, siasatan awal mendapati kejadian berlaku selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Proton Exora dipandu Zahairul hilang kawalan.
![]() |
Keadaan kereta dinaiki mangsa |
Susulan kejadian itu jelasnya, kedua-duanya cedera parah, Zahairul di hantar ke Klinik Kesihatan Air Kuning Selatan untuk rawatan awal manakala isterinya ke Hospital Tampin.
"Bagaimanapun Zahairul yang bertugas di Kem Syed Sirajuddin, Gemas disahkan meninggal dunia ketika dirawat.
"Isterinya difahamkan guru di SMK Dato’ Taha Gemencheh masih di dirawat di Hospital Tampin dan kes ini disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” tambah Ibrahim lagi.
0 Comments