Duterte pecat ketua perang anti dadah


PRESIDEN
Filipina, Rodrigo Duterte memecat Naib Presiden dan pengkritik utama beliau, Leni Robredo daripada jawatan pemantau perang dadah pada Ahad.

Memetik laporan AFP, pemecatan itu dibuat selang beberapa hari selepas menggelar Robredo sebagai seseorang yang tidak tentu arah untuk dipercayai dengan rahsia negara.

Difahamkan, Robredo, 54, hanya bertahan tiga minggu sebagai ketua kempen anti dadah Duterte dimana beliau berjanji melakukan reformasi kerana tuduhan polis melakukan jenayah kemanusiaan dengan membunuh ribuan suspek dadah.

“Naib Presiden menarik perhatian antarabangsa secara salah mengenai isu ini. Apa yang beliau lakukan hanya memalukan negara,” menurut kenyataan jurucakap Duterte, Salvador Panelo sambil mengumumkan pemecatan serta merta Robredo.

Robredo baru- baru ini secara terbuka berjanji untuk menamatkan pembunuhan tidak masuk akal perang dadah, selepas dilantik.

Duterte ketika membuat keputusan pemecatan itu juga membangkitkan tindakan Robredo bertemu kedutaan Amerika Syarikat (AS) dan pakar dadah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Selasa lalu.

“Saya tidak mempercayai beliau,” kata Duterte sambil menggelar Robredo sebagai seseorang yang tidak tentu arah mungkin mendedahkan hal keselamatan sensitif kepada pihak asing.

Post a Comment

0 Comments