Bekas pemain bola kebangsaan meninggal dunia


KETIKA
Malaysia masih bergembira atas kejayaan pasukan bola negara menang keatas pasukan Indonesia awal minggu ini, kita dikejutkan dengan berita duka.

Seorang pemain pemain bola sepak kebangsaan, Ramli Abdullah dilapor telah meninggalkan kita.

Pegawai Media Persatuan Bekas-ekas Pemain Bola Sepak Kelantan Era 80an (Era80) Padli Salleh yang dipetik laporan Bernama berkata Allayarham meninggal dunia di rumahnya di Kampung Laut, Tumpat semalam akibat sakit jantung.

"Allahyarham diserang angin ahmar sejak beberapa tahun lalu," katanya dipetik laporan itu.

Difahamkan, Allahyarham pernah beraksi bersama pasukan kebangsaan pada kejohanan Sukan SEA di Jakarta, Indonesia pada 1978 dan bermain di posisi sayap kiri.

Antara rakan pasukan yang pernah bermain bersama Allahyarham ialah Affendi Yusoff, Mohd Hashim Mustafa, Zahasmi Ismail, Salim Mahmud, Irfan Bakti Abu Salim, Abdul Hamid Ramli, Nik Salleh Nik Man, Allahyarham Mahadi Yusof, Yassin Mohd Noor dan ramai lagi.
 
Sementara itu Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) Wan Abdul Rahim Wan Abdullah berkata pemergian Allayarham satu kehilangan besar kepada bola sepak negara, khususnya Kelantan.

"Kami mengucapkan salam takziah kepada keluarga Allayarham yang membantu menyumbang idea kepada bola sepak Kelantan, sama ada secara langsung atau tidak," katanya.

menurut laporan itu lagi,  jenazah Allahyarham dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Laut selepas Asar petang semalam.

Post a Comment

0 Comments