BEBERAPA kawasan di Kuala Krai mula dilanda banjir susulan limpahan air sungai.
Menurut Penolong Pengarah Jabatan Penerangan Kelantan, Zaid Ahmad dipetik berkata, hujan berterusan sejak awal pagi hingga petang semalam telah menyebabkan beberapa kampung terjejas.
Antara terbabit antaranya Kampung Chenulang, Kampung Pasir Jering, Kampung Kebun Pisang dan Kampung Enggong.
Manakala beberapa batang jalan antaranya Jalan Chenulang ke Kampung Keruh tidak boleh dilalui petang tadi akibat limpahan air Sungai Chenulang.
“Jalan Kampung Enggong ke Sungai Mas tidak boleh dilalui akibat limpahan sungai Durian, namun tiada perpindahan penduduk dilaporkan,” katanya dipetik Awani.
Beliau menjelaskan, air mulai naik sekitar jam 4 petang selepas hujan turun dengan lebat mula turun
Difahamkan, hujan masih lagi turun di kebanyakan kawasan di Kuala Krai dengan sederhana lebat.
terdahulu, Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) telah mengeluarkan notis amaran cuaca peringkat waspada bagi kedua-dua negeri itu
Dalam satu kenyataan, MET Malaysia mengeluarkan amaran waspada iaitu hujan lebat yang dijangka berlaku dibeberapa kawasan di kedua-dua negeri itu.
0 Comments