BASIKAL lajak sememangnya diharam berada di atas jalan raya, tegas Timbalan Perdana Menter.
Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail ketika mengulas cadangan Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) supaya aktiviti basikal lajak yang menjadi trend remaja kini diharamka secara menyeluruh mengakui basikal jenis itu sememangnya mendatangkan bahaya.
“Basikal lajak ni memang tiada brek, itu dah memang salah,
"Sebarang kenderaan yang mempunyai masalah brek memang haram berada di atas jalan raya, jadi tak perlu nak haram-haram lagi,” tegas Dr Wan Azizah.
Isu basikal lajak kembali menjadi perhatian susulan keputusan mahkamah membebaskan seorang jurujual yang terlibat kemalangan mengakibatkan kematian lapan kanak-kanak yang terlibat aktiviti itu pada 2017.
Ia dihangatkan lagi dengan penularan beberapa rakaman terbahru yang memaparkan aktiviti merbahaya itu masih aktif dikalangan remaja yang mengundang kritikan hebat masyarakat.
Susulan itu, Dr Wan Azizah yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat mengesa ibu bapa memainkan peranan aktif memantau keberadaan anak-anak mereka bagi memastikan aktiviti itu dapat dikekang dan sekaligus mengelas insiden serupa tidak berulang.

0 Comments