Anwar cabar kartel pilih presiden lain, kalau berani


PRESIDEN KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan tidak akan memberi layanan istimewa kepada mana-mana kelompok dalam parti itu.

Sambil secara terbuka membidas sikap sombong pemimpin tertentu dalam parti itu, Anwar berkata, beliau tidak mahu melayani permintaan pihak tertentu yang mahu 'layanan istimewa' dalam parti itu

"Tak ada umpamanya mesyuarat kelompok Saifuddin (Nasution Ismail), mesyuarat kartel, itu saya tak iktiraf... Nak jumpa (dan) menghalakan kelompok (tertentu) bukan kerja presiden.

"Kena tunggu pilih presiden lain, kalau berani," katanya ketika berucap di Konvensyen KEADILAN Kedah dan Perlis di Kulim.

Istilah  'kartel' dalam KEADILAN itu biasanya merujuk kepada kelompok penyokong Azmin Ali. Kem kartel dilihat mempunyai sokongan kuat di Selangor dan Sarawak.

Azmin, Timbalan Presiden parti itu sebelum ini dikaitkan sebagai individu dalam sebuah video 'semburit' bersama seorang bekas pembantu lelaki seorang menteri.

Beliau turut terkait banyak isu dalam parti apabila enggan hadir ke mesyuarat pimpinan, membuat kenyataan yang membelakangkan keputusan konsesnsus dan terbaharu berhubung isu tidak terpilih bagi merasmikan kongres sayap pemuda parti itu.

Malah media pada Julai lalu mendedahkan khabar angin kononya Azmin dan beberapa pemimpin yang setia kepadanya berbincang untuk bersekutu dengan parti Gerakan. Malah beliau turut didakwa bersekongkol untuk menjatuhkan kerajaan Pakatan harapan (HARAPAN) untuk mewujudkan sebuah kerajaan 'pintu belakang'.
Dakwaan Anwar enggan jumpa pemimpin palsu
Sementara itu dalam ucapannya, Anwar membidas kenyataan seorang penyokong Azmin, Zuraida Kamaruddin yang menegaskan untuk 'ponteng' mesyuarat parti selagi Anwar enggan mengadakan pertemuan rekonsiliasi dengannya, Azmin serta sejumlah lagi pemimpin parti itu. 

 "Ada yang heboh 'Anwar tak sanggup nak jumpa'. Tak betul...Sesiapa sahaja boleh jumpa,"

"Tapi saya tidak akan panggil mesyuarat (dengan) kelompok, saya panggil mesyuarat parti," tegas Anwar lagi.

Post a Comment

0 Comments