SEORANG wanita warga emas maut dilapor maut dalam kemalangan di Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands hari ini.
Memetik sumber, kemalangan tersebut melibatkan sebuah kenderaan jenis Perodua Myvi dan sebuah pickup jenis Toyota Hilux.
Beberapa keping gambar yang dikongsikan di laman sosial memaparkan kenderaan Myvi tersebut remuk teruk pada bahagian depan, manakala kenderaan pickup tersebut terbalik di sisi jalan.
Jurucakap bomba berkata, mangsa yang maut berusia 60 tahun dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian. Seorang lagi wanita berusia 30-an yang juga pemandu kereta Myvi itu cedera parah.
Manakala pemandu Toyota Hilux, seorang lelaki berusia 30-an cuma luka-luka kecil.
"Bomba menerima panggilan kecemasan mengenai kemalangan tersebut pada pukul 9.45 pagi.
"Anggota bomba dari Balai Simpang Pulai menggunakan peralatan menyelamat untuk mengeluarkan mangsa.
"Mangsa dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) menaiki jentera EMRS," katanya
0 Comments