Langgar konsensus: Kenapa Azmin kebal?


AHLI
Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Pelek, Ronnie Liu tidak mempunyai sebarang masalah untuk berdepan jawatankuasa disiplin parti itu berhubung kenyataan pedasnya mengenai Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan Bersatu.

Dalam satu kenyataan, Anggota Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) DAP itu menyatakan kesediaan untuk berdepan jawatankuasa itu

Bagaimanapun, beliau mempersoal mengapa Pakatan Harapan (HARAPAN) dilihat lemah dan tidak mengambil pendirian terhadap Mohammad Azmin Ali yang beberapa kali mencetuskan pergolakan dalam HARAPAN dengan membangkitkan isu peralihan kuasa perdana menteri.

Ronnie Lui persoalkan kekebalan Azmin
“Jika desakan supaya tindakan terhadap saya dikatakan adalah wajar, mengapa tidak ada tindakan yang diambil terhadap Mohammed Azmin Ali yang secara terbuka menolak konsensus Pakatan Harapan mengenai penyerahan jawatanh perdana menteri?” katanya tanpa mengulas lanjut.

Azmin baru-baru ini sekali lagi membuat kenyataan yang membelakangi perjanjian dipersetujui AMANAH, DAP, KEADILAN dan BERSATU yang bersetuju melantik Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri interim yang akan digantikan Presiden partinya sendiri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Azmin yang dikritik hebat pendokong KEADILAN kerana tidak mahu menghadiri mesyuarat parti itu turut dikaitkan dengan usaha membentuk kerajaan baharu tanpa AMANAH dan DAP yang didakwa didalangi seorang pemimpin Umno.

Sementara itu, Liu dalam kenyataannya turut mempertahankan diri dengan menegaskan bahawa beliau tidak melakukan sebarang kesalahan.

Sebagai seorang penyokong setia HARAPAN tegasnya adalah menjad kewajipan dan tanggungjawapnya sebagai wakil rakyat untuk bersuara bagi pihak rakyat.

Ronnie dalam satu artikel disiarkan sebuah portal baru-baru ini membidas prestasi Dr Mahathir dan berkata sekiranya pengerusi Bersatu itu cuba memecahkan PH, sekutu lain - DAP, PKR, Amanah, Warisan dan UPKO - masih boleh bergabung dan membentuk kerajaan baru tanpa Bersatu.

Setiausaha Organisasi DAP, Anthony Loke berkata kritikan itu keterlaluan dan akan merujuk Liu kepada jawatankuasa tatatertib parti.

Post a Comment

0 Comments