DUA terbunuh dalam satu kecelakaan jalan raya membabitkan lima kereta dan sebuah treler berhampiran Terowong Menora, Kuala Kangsar malam tadi.
Dalam kemalangan di Kilometer 256.1 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara itu, beberapa tiang konkrit dibawa treler berkenaan terjatuh atas jalan sebelum terpelanting memasuki laluan bertentangan.
Ia kemudiannya dirempuh kenderaan yang bergerak laju yang menyebabkan berlakunya beberapa siri kemalangan.
![]() |
Kenderaan mangsa remuk |
Sementara dua wanita berusia 27 dan 30 tahun yang berada dalam kenderaan serupa cedera dan dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk rawatan.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kemalangan itu pada jam 9.13 malam.
“Beberapa kenderaan terbabit kemalangan disebabkan pelanggaran dari arah belakang daripada tiang konkrit yang menghempap kenderaan pertama,” katanya dalam satu kenyataan di sini malam ini.
![]() |
Kemalangan menyebabkan kesesakan teruk |
Dua wanita yang cedera sudah dihantar ke HRPB dengan ambulans.
“Jumlah mangsa lain yang cedera atau terbabit dalam kejadian ini belum dapat dipastikan,” katanya.
Malam tadi, warganet berkongsikan gambar di tempat kejadian, beberapa kenderaan antaranya jenis Perodua, Mercedes Benz , Honda serta sebuah motosikal.
Kemalangan mengakibatkan kesesakan teruk di laluan kedua-dua hala.
Sementara itu, Natizen mengesa tindakan tegas dikenakan terhadap syarikat terbabit.
![]() |
Pihak berkuasa digesa bertindak tegas |
0 Comments