Kumpulan ke-4 MALBATT 850-6 selamat pulang


KUMPULAN Keempat Batalion Malaysia 850-6 (MALBATT 850-6) terdiri daripada 221 anggota dan pegawai selamat pulang ke tanah air semalam.

Ia selepas berakhirnya penugasan bersama Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNIFIL) di wilayaj bergolak itu selama satu tahun sejak 6 September tahun lalu.

Ketibaan mereka di Pangkalan Udara Subang kira-kira jam 5 petang semalam disambut  Ketua Staf Markas Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Leftenan Jeneral Datuk Kamarulzaman Mohd Othman.

Dalam ucapannya, Kamarulzaman berkata misi MALBATT 850-6 oleh anggota keselamatan Malaysia yang turut mendapat penyertaan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) secara tidak langsung turut mengeratkan lagi hubungan kerjasama strategik pertahanan Malaysia - Brunei.

“Saya ingin mengambil kesempatan untuk ucapkan syabas dan tahniah kepada seluruh pegawai dan anggota ABDB yang turut bersama dalam misi pengaman itu.

“Melalui kerjasama seumpama ini, hubungan erat Malaysia - Brunei akan terus diperkukuhkan,” katanya pada Majlis Sambutan Kepulangan Kumpulan Keempat MALBATT 850-6, di sini hari ini.

Penglibatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam melaksanakan misi di bawah PBB di Lubnan adalah pengiktirafan dan kepercayaan masyarakat antarabangsa terhadap ATM.

Post a Comment

0 Comments