Taufan Hagibis: F1 mungkin dibatalkan



PENGANJUR perlumbaan Formula One (F1) sedang mempertimbanglan untuk membatalkan kejohanan Grand Prix Jepun hujung minggu ini.

Ia susulan kebimbangan berlakunya Taufan Hagibis berserta hujan lebat pada Sabtu ini yang dijangka boleh menganggu kelancaran kejohanan terutamanya keadaan basah di litar

Dalam satu kenyataan bersama pada Khamis, Pertubuhan Automobil Antarabangsa (FIA), F1 dan Litar Suzuka berkata pihaknya sedang memantau keadaan Taudan Hagibis dan impaknya terhadap perlumbaan Formula One Grand Prix 2019.

"Segala usaha sedang dilakukan untuk meminimumkan gangguan pada jadual Formula 1, namun keselamatan para peminat, pesaing dan semua orang di Litar Suzuka tetap menjadi keutamaan kami.

"Pihak kami akan terus mengawasi keadaan dan akan memberikan perkembangan dari masa ke semasa dalam masa terdekat ini,” jelas kenyataan itu.

Sebelum ini, pihak penganjur Piala Dunia Ragbi secara rasmi mengeluarkan kenyataan bahawa dua perlawanan pada Sabtu dibatalkan.

Taufan Hagibis dijangka memberi kesan besar kepada Bandar Suzuka, dimana perlumbaan akan diadakan pada Sabtu ini, sebelum bergerak ke arah utara untuk menuju ke Tokyo.

Ramalan semasa menyatakan bahawa Hagibis bakal hadir dengan angin berkelajuan melebihi 161 kilometer sejam, taufan serupa juga berpontensi menyebabkan beberapa kawasan pantai di negara itu dilanda banjir. 

Post a Comment

0 Comments