Singapura perkenal undang-undang anti berita palsu

 
NEGARA jiran Singapura memperketatkan amalan penyiaran apabila memperkenalkan undang-undang 'berita palsu'

Undang-undang itu diluluskan awal tahun ini selepas rundingan awam akan berkuat kuasa mulai esok, menurut notis kerajaan yang dikeluarkan hari ini.

Kerangka perundangan itu mewajibkan platform media dalam talian, termasuk laman media sosial seperti Facebook dan Twitter, membawa pembetulan atau mengeluarkan kandungan dianggap kerajaan sebagai palsu.

Udang-undang baru itu juga meletakkan mana-mana individu di negara itu yang dianggap menyebarkan maklumat palsu di web sehingga menjejaskan kepentingan awam boleh dipenjara sehingga 10 tahun.

Platform media yang tidak mematuhi undang-undang pula boleh dikenakan didenda  sehingga S$1 juta (RM3 juta).

Sementara itu, kumpulan hak asasi manusia menentang undang-undang yang diperkenalkan itu. Mereka beranggapan ia mengekang kebebasan bersuara.

Manakala pembangkang pula mendakwa undang-undang baru itu bakal memberi kuasa luas kepada kerajaan terutama ketika menjelangnya pilihan raya umum republik itu.

Post a Comment

0 Comments