Pulihara alam sekitar: Selangor digesa contohi P. Pinang


KERAJAAN Selangor disaran mencontohi Pulau Pinang yang menggunakan hasil kutipan caj ke atas beg plastik khusus untuk program pemuliharaan alam sekitar.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, berkata langkah tersebut telah dimulakan Pulau Pinang sebelum  inisiatif tersebut diperkemas pada 2016.

“Langkah yang diambil kerajaan Pulau Pinang boleh dijadikan contoh kepada kerajaan negeri lain dalam mentadbir urus hasil kutipan caj beg plastik dan digunakan untuk tujuan pemuliharaan alam sekitar,” katanya.

Dr Wan Azizah sebelumnya melancarkan Kempen Cintai Alam Sekitar anjuran syarikat Ecobio Pack Sdn Bhd dan badan bukan kerajaan (NGO) Pawana di Subang Jaya pada Sabtu.

Sementara itu tambah Ahli Parlimen Pandan itu lagi, cabaran terbesar dihadapi kerajaan dalam mekaksana kempen meminima penggunaan plastik adalah tabiat masyarakat itu sendiri.

Ia ditambah dengan kesukaran pengguna mendapatkan produk biodegradasi untuk kegunaan harian.

Ia jelasnya dapat mendorong rakyat mengubah sikap mereka.

Sementara itu, Kerajaan melalui Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Inovasi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim telah memulakan inisiatif meminimakan penggunaan produk plastik.

Ia dilakukan dengan mengedarkan Surat Pekeliling Am (SPA) supaya semua kementerian dan agensi kerajaan mengadakan kempen menghindari plastik sekali guna di organisasi masing-masing semasa mesyuarat, majlis rasmi dan program kerajaan.

Post a Comment

0 Comments