KPM sedia RM15 juta naik taraf sekolah Sabah



SEBANYAK RM15 juta disediakan sebagai peruntukan tambahan untuk tujuan penyelenggaraan dan pembaikan kecil sekolah kerajaan di seluruh Sabah.

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) berkata peruntukan tambahan itu adalah bagi memastikan kualiti pendidikan terutamanya peningkatan infrastruktur sekolah di Sabah dapat ditingkatkan.

“Kementerian telah bersetuju untuk menurunkan peruntukan tambahan berkenaan bagi memastikan kualiti pendidikan yang setara antara Putrajaya dan negeri seperti di Sabah dan Sarawak dapat direalisasikan,” katanya menterinya Dr. Maszlee Malik.

MAszlee berkata demikian kepada pemberita selepas melawat Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Brunei, Mambakut baru-baru ini.

Sementara itu tambahnya, pihaknya akan terus bekerjasama dengan Kementerian Pelajaran dan Inovasi Sabah untuk memperbaiki sekolah daif dan membangunkan bidang pendidikan di Sabah.

“Kami tidak mahu Sabah ketinggalan dalam bidang pendidikan…oleh itu kerajaan sentiasa meningkatkan komitmen untuk memastikan setiap rakyat Malaysia diberikan peluang untuk mendapatkan pendidikan,” tambahnya.
 

Post a Comment

0 Comments