JABATAN Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) kini dalam proses mempertingkatkan kesiapsiagaan termasuk aset dan keanggotaan mereka bagi menghadapi musim tengkujuh.
Ketua Pengarah JBPM, Datuk Mohammad Hamdan Wahid berkata mereka berada pada tahap 75 peratus dalam memastikan asetnya berfungsi manakala lebih 80 peratus daripada kira-kira 10,500 anggota bomba di seluruh negara telah bersiap sedia.
“Dari segi keanggotaan memang JBPM bersiap siaga 24 jam tujuh hari seminggu dari segi akses dan juga logistik penyelamatan termasuk bot di setiap lokasi yang telah dikenal pasti di seluruh negara.
“Kenderaan utiliti dan pengangkutan termasuk peralatan mencari serta menyelamat seluruh negara kita minta supaya berada dalam keadaan baik dan diselenggara pada peringkat ini,” jelasnya.
Mohammad Hamdan berkata begitu susulan amaran JABATAN Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) berhubung jangkaan peningkatan jumlah hujan sehingga 40 peratus di negeri-negeri pantai timur dan Johor bermula November hingga Januari hadapan.
Sementara itu tambahnya , pihaknya terus berkoordinasi dengan agensi-agensi seperti MetMalaysia dan Jabatan Pengaliran dan Saliran, untuk memberi maklumat berguna serta respons kecemasan yang melibatkan kenaikan paras air dan juga hujan berlebihan.
Manakala cuti anggotanya akan dibekukan sekiranya berlaku keadaan banjir kritikal.

0 Comments