3 cedera viva rempuh gerai air soya



TIGA orang termasuk seorang peniaga air soya cedera parah dirempauh sebuah kereta Perodua Viva petang semalam.

Dalam kejadian di Jalan Jejawi Permatang, Arau itu peniaga, Ku Azizan Ku Chik, 54 tahun bersama dua pelanggannya, Muadzali Md Hussin, 64 dan Wirach Promichit Erom, 49 tahun cedera setelah gerai menjual minuman soya itu dirempuh kenderaan terbabit.


Ku Mohamad Farhan, 28, yang merupakan anak kepada Ku Azizah dipetik media berkata, kereta Viva berwarna putih itu dilihat meluru ke arah gerai seolah-olah tidak menekan brek sewaktu merempuh gerai bapanya.

"Akibat rempuhan itu, bapa terpelanting ke dalam longkang sehingga patah kaki di paras betis manakala dua pelanggan mengalami kecederaan parah di kepala dan kaki akibat terhantuk pada cermin kereta dan kesan daripada rempuhan berkenaan.


Difahamkan, kereta tersebut dipandu seorang pekerja kilang berusia 52 tahun.

"Sejurus kejadian berlaku, pemandu terbabit keluar dari keretanya dan memaklumkan kepalanya pening sewaktu memandu, ditambah pula dia sedang membuat persiapan majlis perkahwinan anaknya pada Ahad,” tambahnya.

Menurut Farhan lagi, bapanya bersama dua pelanggan terbabit dikejarkan ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF) dirawat di Unit Kecemasan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Arau, Superintendan Nanda Maarof mengesahkan menerima laporan kejadian berkenaan. Katanya, Perodua Viva itu datang dari arah Chuping, Padang Besar hendak ke Simpang Empat melalui jalan terbabit.

“Bagaimanapun dia telah cuai sehingga hilang kawalan dengan melanggar gerai air soya yang berada di tepi jalan,” kata Nanda melalui Whatsapp.

Kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Post a Comment

0 Comments