Tutup IPG: Kementerian nafi laporan akhbar


TIADA
mana-mana Institut Pendidikan Guru (IPG) bakal ditutup seperti dilaporkan sebuah akhbar semalam.

Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik berkata, cadangan kononnya kerajaan mahu menutup 21 daripada 27 IPG di seluruh negara bermula tahun depan adalah dasar kerajaan terdahulu.

“Itu tidak benar (penutupan IPG),adalah keputusan kerajaan lama.

"Kita minta pihak yang mengeluarkan berita supaya merujuk kepada kita dulu sebelum mengeluarkan kenyataan," tegasnya.

Mazlee sebelumnya mengadakan lawatan Kerja Menteri Pendidikan ke Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Rahmat, Kuala Sungai Baru di ALor Gajah semalam.

Laporan muka depan BH semalam mendakwa bermula tahun hadapan hanya enam kampus IPG dikatakan terus beroperasi. serentak itu difahamkan tahun ini bakal menjadi tahun terakhir bagi pengambilan penuntut ke institut itu.

Sehubungan itu jelasnya, kesemua IPG tersebut bakal beroperasi seperti biasa dan tidak ditutup secara berperingkat seperti dilaporkan.

Post a Comment

0 Comments