LAGENDA Formula One (F1) Michael Schumacher dilaporkan sedang menerima rawatan di sebuah hospital di Paris.
Memetik laporan portal antarabangsa Autoweek.com, Shumacher, 50, bakal menerima rawatan dari unit pembedahan kardiovaskular diketuai profesor Philippe Menasche.
Difahamkan, pembedahan itu melibatkan terapi sel kejuruteraan tisu jantung.
Juara dunia tujuh kali itu dilapor telah dimasukkan ke hospital yang tidak dinamakan itu sejak Isnin lalu.
Schumacher yang situasi dirinya sehingga kini menjadi misteri tiba bersama rombongan kira-kira 10 orang, termasuk doktornya sendiri, Gerard Saillant.
Bagaimanapun, pihak Schumacher masih belum mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung pekara ini.
Pada Disember 2013 Shumacher mengalami kecederaan serius di bahagian kepala selepas terlibat dalam kemalangan ski di Perancis.
Schumacher segera dibawa ke hospital dan menjalani pembedahan otak dan diletakkan dalam keadaan koma selama enam bulan sehingga Jun 2014.
Pada 9 September 2014, Schumacher telah dipindahkan ke rumahnya di mana beliau terus menerima rawatan dan pemulihan secara peribadi, bekas pengurus Ferrari, Jean Todt pada July 2019 berkata bahawa Schumacher menunjukkan "kemajuan yang baik" tetapi berdepan masalah untuk berkomunikasi.
0 Comments