TAHUKAN anda? kira-kira lapan juta orang membunuh diri setiap tahun, atau seorang setiap 40 saat.
Angka mengejutkan itu bukan rekaan sebaliknya didedahkan berdasarkan laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia.
Mungkin antara yang mendorong perlakuan itu ialah imej-imej grafik yang dikongsikan di laman sosial.
Justeru itu, Facebook Inc tidak lagi akan membenarkan imej grafik mencederakan diri sendiri disebar di rangkaiannya
Difahamkan, dasar mengetatkan isi kandungan dikongsikan di laman sosial itu dibuat susulan kritikan semakin memuncak mengenai cara syarikat media sosial mengawal kandungan ganas dan berpotensi menjadi bahaya.
Rangkaian sosial itu dalam kenyataan sempena Hari Pencegahan Bunuh Diri Sedunia berkata, kandungan berkaitan mencederakan diri sendiri kini akan menjadi lebih sukar dicari.
Sepasukan moderator bakal meneliti kandungan dikongsikan seperti tindakan ganas yang disiarkan bagi memastikan kandungan seperti itu tidak kelihatan di rangkaiaan media sosial mereka.
0 Comments