Bergaduh dengan pihak berkuasa kerana buaya


KEPUTUSAN
pihak berkuasa Australia memindahkan seekor buaya diberi nama Howard dari habitat asalnya di sebuah sungai barat laut negara itu dikritik ramai.

Agensi berita antarabangsa AFP melaporkan terjadi perbalahan antara penduduk tempatan yang sudah pun menyayangi reptilia tersebut dengan pihak berkuasa.

Seorang kanak-kanak 10 tahun turut dilapor menulis surat kepada Menteri Alam Sekitar Queensland, Leeanne Enoch bagi menyelamatkan buaya tersebut dan meminta supaya reptelia berkenaan tidak dipindahkan.

"Saya tinggal di Bamboo Creek Road selama lima tahun dan suka melihat Howard berjemur serta melihat ia dari jambatan pada setiap petang," tulis Elroy Woods dari bandar kecil Miallo.

Pihak berkuasa baru-baru ini memberi alasan kononnya buaya tersebut membahayakan manusia.

Pemilik perniagaan pelayaran buaya tempatan, David White memberitahu, terdapat 300 emel dihantar untuk terus mengekalkan haiwan sepanjang empat meter itu di habitat asalnya dan cuma satu aduan diterima.

Sementara it, suara hati penduduk tempatan turut didengari Zoo Australia Queensland yang dikendalikan balu pemburu buaya Steve Irwin.

Zoo berkenaan dalam tweetnya yang menyokong penduduk tempata berkata, mereka berbangga dengan usaha Woods melindungi Howard sambil menambah pemangsa di tempat teratas rantaian makanan itu adalah paling penting dalam ekosistem.

Bagaimanapun difahamkan, kerajaan tetap akan memasang perangkap namun berjanji Howard tidak akan dibunuh selepas ditangkap.

Pegawai alam sekitar berkata, keseimbangan antara keperluan untuk melindungi keselamatan awam dan memulihara populasi buaya liar perlu dilakukan. 

Post a Comment

0 Comments