'Pembela Kebenaran' meninggal dunia


PENYUMBANG artikel kepada Kartelmedia, Ermizi Muhamad, meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL) kira-kira jam 1.30 petang tadi

Berita kematian Ermizi atau nama sebenarnya Muhammad Noraizie Ramlan, 28, disampaikan Pengarang Bersekutu akhbar Suara Keadilan,Redzuan Shamsudin siang tadi melalui pesanan whatsapp.

"As Salam,nak maklumkan Ermizi dan meninggal dunia di HKL, Tadi pengsan di klinik kesihatan HKL," tulis Redzuan, 44.

Allahyarham Ermizi Muhammad
Allahyarham, bertugas sebagai penolong editor di akhbar itu sebelum ini mendapatkan rawatan di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) setelah didiagnosis terkena jangkitan kencing tikus (leptospirosis) dua bulan lalu.

Selepas mendapatkan rawatan, Allahyarham kembali bertugas  sebelum dikesan mengalami jangkitan paru-paru pada minggu lalu.

Kenalan dan rakan sekerja Ermizi atau mesra dipanggil Aizi menyifatkan Allahyarham sebagai seorang yang disenangi ramai.

Beliau dianggap seorang yang sangat bertanggungjawab dalam menjalankan tugas-tugas diamanahkan.
Allahyarham yang memiliki bakat dalam bidang nyanyian dikenali ramai baru-baru ini setelah muncul dalam satu rancangan dengan menggunakan nama samaran Pembela Kebenaran.

Ucapan takziah turut disampaikan peminat di Twitter setelah berita kematiannya tersebar.


Selain bertugas di Suara Keadilan, Allahyarham pernah berkhidmat di Projek MMO sebelum ke Selangorkini yang dimiliki kerajaan Selangor.

Tahun lalu, Allahyaram dipanggil bertugas semula di Suara Keadilan sebagai Penolong Editor.


Jenazahnya telah dibawa pulang untuk disemadikan di kampung halamannya di Batu Pahat, Johor.

Kartelmedia memanjangkan ucapan takziah kepada keluarga Ermizi dan orang tersayang.

Beliau merupakan sahabat terawal yang menyokong kewujudan portal Kartelmedia dengan memberikan sumbangan semangat dan beberapa artikel untuk disiarkan.

Al-Fatihah, tenanglah disana kawan.

Post a Comment

0 Comments