SERAMAI 28 penghuni Rumah Kanak-kanak Taiping di Jalan Stesyen Hulu terselamat selepas asrama di tingkat dua bangunan itu terbakar semalam.
Dalam kejadian kira-kira pukul 5.30 petang itu, kesemua 28 penghuni rumah kebajikan tiada di asrama berkenaan kerana sedang mengikuti sesi persekolahan petang.
Memetik kenyataan Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Taiping, Rafeel Hairul Richard, kira-kira 30 peratus bilik asrama itu hangus terbakar.
Peralatan termasuk perabot didalam asrama itu turut musnah dijilat api
"Sepasukan anggota dihantar ke lokasi kejadian setelah menerima panggilan kecemasan pada pukul 5.42 petang.
"Setibanya anggota di lokasi kebakaran, didapati api sedang marak di bilik asrama di tingkat dua bangunan empat tingkat itu," jelasnya.
Pihak bomba turut melakukan kerja-kerja ‘overhaul’ bagi memastikan api padam sepenuhnya dan tiada lagi sumber-sumber yang boleh mencetuskan kebakaran baharu.
Operasi memadam kebakaran difahamkan tamat sepenuhnya kira-kira sejam kemudian
0 Comments