'Rakan subahat' bekas menteri mengaku rasuah


BEKAS
Pengarah Paragon City Development yang didakwa memberi rasuah kepada seorang pemimpin tertinggi Umno  mengaku bersalah atas pertuduhan pilihan.

Mengikut pertuduhan itu, Datuk Tan Eng Boon didakwa bersubahat dalam perlakuan salah dengan bekas Menteri Wilayah Persekutuan, Tengku Adnan Tengku Mansor.

Susulan pengakuan bersalah itu, Mahkamah Tinggi telah menjatuhkan hukuman denda RM1.5 juta terhadap Eng Boon atau menjalani hukuman penjara setahun sekiranya gagal melunaskan denda itu pada hari ini.

Memetik laporan Utusa Malaysia, Eng Boon diketahui sebagai Pengarah Nucleus Properties (kini Paragon City Development) ada perhubungan kerja rasmi dengan Tengku Adnan.

Dia didakwa melakukan perbuatan itu di CIMB Bank Berhad, Cawangan Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Level 2, Podium Block, PWTC, Jalan Tun Ismail di sini pada 27 Disember 2013.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 109 Kanun Keseksaan dan dibaca mengikut Seksyen 165 kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya.

Hakim Mohd. Nazlan ketika membuat keputusan itu berkata mahkamah mengambil kira beberapa faktor dalam menjatuhkan hukuman.

Ia antaranya tindakan tertuduh menukar pengakuan kepada bersalah yang dibuat sebelum perbicaraan bermula telah menjimatkan masa dan kos mahkamah.

Post a Comment

0 Comments