BEBERAPA individu yang didakwa menderhaka dengan mengeluarkan kata-kata menghina Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah sedang dicari polis.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Huzir Mohamed berkata, ia berhubung kes penghinaan di laman Twitter baru-baru ini.
"Siasatan telah dibuka di bawah Seksyen 4 Akta Hasutan 1948 oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman," katanya dalam kenyataan, hari ini.
Seorang natizen tampil memohon ampun semalam |
Tidak dapat dipastikan mengapa Raja Permaisuri Agong bertindak menutup akaun Twitternya namun ia dikaitkan dengan tindakan beberapa natizen yang mengeluarkan komen biadap terhadap Tunku Azizah Aminah.
Terkenal dengan sifatnya yang ramah dan berjiwa rakyat, baginda menggunakan akaun media sosialnya itu untuk berinteraksi dengan rakyat serta berkongsi momen-momen indah baginda dari sudut pandang sebagai Permaisuri Agong.
Rata-rata ramai netizen gemar melihat dan memuji pendekatan yang dilakukan oleh Tuanku sehingga ada beberapa yang menjadi tular dalam kalangan netizen yang suka melihat telatah baginda.
Semalam, seorang pengguna Twitter, Firdaus Asraf turut memohon ampun kepada Tuanku Azizah Aminah kerana beberapa komen biadap yang telah dibuatnya.
0 Comments