KURANG lima hari sebelum piagam 'Penyatuan UMNO-PAS' termeterai, Perdana Menteri menggesa PAS menarik balik kenyataan pemimpinnya sebelum ini yang menuduh Umno adalah parti kafir.
Tun Dr Mahathir berkata, amanat Presiden PAS, Abdul Hadi Awang masih relevan, kecuali beliau (Abdul Hadi) membuat kenyataan rasmi memohon maaf terhadap UMNO.
Justeru adala memalukan jika parti itu menjalin kerjasama rasmi dengan UMNO sedangkan tuduhan sebelum ini tidak ditarik balik.
"Pas tidak pernah menarik balik kenyataan itu. Masih ada amanat Hadi kata UMNO kafir.
"Kalau Pas tidak mahu jadi kafir, buatlah kenyataan kami minta maaf kerana pernah kata UMNO kafir tapi sekarang mereka dah insaf.
Tun M mahu amanat ditarik balik |
Dr Mahathir, yang juga Pengerusi Pakatan Harapan, berkata demikian bagi mengulas kenyataan bersama Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa dan Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan baru-baru ini berhubung piagam berkenaan.
Sebagai rekod, Majlis menandatangani piagam kerjasama antara UMNO-PAS itu, yang digubal satu jawatankuasa bersama diwujudkan sebelum ini akan diadakan di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putr pada 14 September ini.
Piagam itu sebagai kata sepakat untuk bekerjasama antara satu dengan lain.
Berdasarkan semakan, Amanat Haji Hadi Awang merujuk kepada suatu sedutan ceramah umum yang disampaikan oleh Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang di Kampung Banggol, Peradong, Kuala Terengganu pada 7 April 1981.
Pendirian Mufti berhubung isu amanat |
Sedutan ucapan Abdul Hadi ialah seperti berikut "Saudara-saudara sekelian percayalah,
"Kita menentang UMNO, bukan kerana nama dia UMNO. Kita menentang Barisan Nasional bukan kerana dia lama memerintah kerajaan. Kita menentang dia ialah kerana dia mengekalkan perlembagaan penjajah, mengekalkan undang-undang kafir, mengekalkan peraturan jahiliyah. Oleh kerana itulah kita menentang mereka. Oleh kerana itulah kita menghadapi mereka. Oleh itulah kita cuba berlawan dengan mereka.
"Percayalah saudara-saudara sekelian,
"Perjuangan kita adalah jihad, ucapan kita adalah jihad, derma kita adalah jihad. Bergantunglah kita kepada Allah dengan (menghadapi) puak-puak ini kerana kalau kita mati melawan puak-puak ini, mati kita adalah syahid. Mati kita adalah Islam. Kita tidak perlu masuk Buddha, Kita tidak perlu masuk Hindu, Kita tidak perlu masuk Kristian, Tapi kita menjadi kafir dengan mengamalkan 'politik suku, agama suku'.
Petikan laporan akbar |
Pada 2012, pihak berkuasa polis melalui laporan Utusan mendakwa bahawa Amanat Haji Hadi merupakan salah satu punca umat Islam di Malaysia berpecah kerana ia telah menyemarak api kafir mengkafir.
0 Comments