GOLONGAN selebriti dinegara ini diberi peringatan supaya menunjukkan teladan baik dengan tidak mempromosikan kegiatan mengubah suai motosikal Ysuku secara keterlaluan.
Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman, Datuk Azisman Alias berkata sebaliknya mereka perlu membantu kerajaan mempromosikan kesedaran dikalangan masyarakat khususnya golongan muda mengenai risiko menunggang motosikal secara melulu.
Bercakap selepas Majlis Perasmian Penutup Program Kempen Kesedaran Keselamatan Jalan Raya di Pulau Pinang siang tadi, Azisman berkata pihaknya tidak akan berkompromi terhadap kesalahan dilakukan golongan berkenaan.
"Kita memang kumpul maklumat dan jika ada tangkapan semasa pemeriksaan atau menahan mereka, kita akan ambil tindakan mengikut undang-undang tidak kira orang biasa atau artis," katanya.
Terdahulu, pihak polis memberi amaran kepada pemilik motosikal Yamaha Y15ZR atau popular dipanggil Ysuku agar tidak mengubahsuai motosikal sehingga melanggar spesifikasi Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).
Amaran itu sekaligus meletakkan motosikal jenis itu dibawah senarai 'panas' pihak berkuasa.
Bukit Aman pada Isnin menegaskan bahawa mana-mana motosikal yang didapati dilakukan pengubahsuaian melampau bakal disita kerana dianggap boleh membahayakan pengguna jalan raya lain.
Sebelum ini beberapa selebriti mempromosikan pengubahsuaian motosikal milik mereka termasuk pada bahagian enjin yang turut dimuatnaik ke laman perkongsian video youtube.
Sementara itu, dalam perkembangan berkaitan, Azisman berkata, pihaknya kini menubuhkan Skuad 42 yang bertindak sebagai mata-mata dalam kalangan pelesit rempit.
Penubuhan skuad itu merupakan pendekatan baharu bagi membasmi dan mengekang kegiatan lumba haram.
"Kini, pegawai dan aggota trafik akan berpakaian seperti orang awam bagi memerhati dan merekod maklumat kegiatan lumba haram yang dianjurkan untuk diambil tindakan di mahkamah dengan bukti-bukti seperti gambar," katanya.

0 Comments