Benarkah China godam telekomunikasi M'sia?


KERAJAAN
digesa menyiasat kesahihan laporan media yang mendakwa penggodam yang berkerja dengan kerajaan China telah menceroboh rangkaian telekomunikasi Asia termasuk Malaysia.

Ketua Setiausaha Pengelola KEADILAN, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, terdapat dakwaan aktiviti pengintipan siber kerajaan China itu bertujuan  mengintai pergerakan anggota minoriti Uyghur yang ditindas.

Nik Nazmi mahu penjelasan
Tegasnya, jika kegiatan tersebut jika benar-benar berlaku di Malaysia, ianya sama sekali tidak boleh diterima

“Saya amat terganggu dengan laporan media yang mendakwa penggodam yang bekerja untuk kerajaan China telah menggodam sistem telekomunikasi di beberapa negara Asia termasuk Malaysia.

“Jika  ini benar-benar berlaku, ia tidak boleh diterima. Kegiatan ini pastinya bukan sifat anggota masyarakat antarabangsa yang bertanggungjawab, serta tidak menggambarkan sebuah negara yang mesra kepada negara lain.

“Kita tidak boleh membenarkan negara kita diintip atau dipergunakan untuk memudahkan penyalahgunaan hak asasi manusia termasuk terhadap masyarakat Uyghur,” katanya dalam satu kenyataan.

Tegas Ahli Parlimen Setiawangsa itu, Malaysia perlu mengambil tindakan diplomatik, undang-undang dan pemantauan keselamatan siber yang kuat terhadap China dan penggodam yang bertanggungjawab.

Sehubungan itu,  beliau eminta kerajaan menjelaskan sejauh mana kerosakan  berlaku disebabkan penggodaman tersebut dan mengambil tindakan membetulkan kerosakan itu serta-merta.

“Kerajaan Malaysia mesti segera menyiasat, tindakan sedemikian tidak boleh diterima dan kita tidak mengambil mudah hal seperti ini,” katanya lagi

Post a Comment

0 Comments