Pakar Kesusasteraan Melayu maut kemalangan


TOKOH
pengkaji manuskrip negara, Dr Harun Mat Piah meninggal dunia selepas terlibat dalam kemalangan di Kajang, semalam.

Allahyarham Harun, 82, sebelumnya dilaporkan sedang dalam perjalanan dari Bandar Baru Bangi menghala ke Kajang.

Beliau yang memandu kereta Proton Saga FLX dikatakan hilang kawalan lalu terbabas ke kiri bahu jalan sebelum melanggar sebatang pokok berhampiran Jalan Persiaran Pekeliling.

Petikan artikel berkenaan Dr Harun
Akibat perlanggaran tersebut, kenderaan mangsa melintang di atas longkang dengan mangsa masih berada di dalam kereta.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd. Yussof dalam kenyataannya berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian tersebut pada pukul 10.20 pagi.

Susulan itu pegawai penyiasat dan anggota bertugas telah digegaskan ke lokasi untuk menjalankan siasatan awal.

“Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh Pegawai Perubatan dari Hospital Kajang.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Sebagai rekod, Allahyarham merupakan Pengerusi Jawatankuasa Penasihat Manuskrip Melayu

Berasal dari Kuala Kangsar, Perak beliau merupakan
pakar penulisan dalam kesusasteraan Melayu tradisional,, puisi Melayu tradisional, kepustakaan ilmu (epistemologi) tradisional dengan pengkhususan dalam ilmu perubatan, ilmu ramalan (astrologi) dan ilmu perkasihan (seksologi) tradisional.

Allahyarham juga penghasilkan beberapa karya antaranya Cerita-Cerita Panji Melayu, Puisi Melayu Tradisional–Satu Pembicaraan Genre dan Fungsi, Pantun Sebagai Artifak Budaya dan Kitab Tib Muzium Terengganu.

Post a Comment

0 Comments