NORA Anne Quoirin, remaja kelainan upaya yang meninggal dunia secara tragik di Malaysia selamat disemadikan di Belfast, Ireland pada Selasa.
Keluarga dan sahabat Nora berkumpul di St Brigid bagi mengucapkan selamat tinggal kepada Nora.
Ibunya, Meabh Quoirin, turut membacakan sajak yang menyentuh hati sebagai memperingati anak perempuannya itu.
Pada 13 Ogos lalu, Mayat Nora, 15, ditemui orang awam berhampiran air terjun, kira-kira 3.2 kilometer dari tempat penginapan keluarganya.
Mereka sekeluarga tiba di Malaysia untuk percutian selama 2 minggu dan mendaftar masuk di sebuah resort penginapan di Negeri Sembilan pada 3 Ogos.
Beliau dipercayai meninggalkan bilik yang dihuni bersama dua adiknya di pusat peranginan Dusun dan merayau di dalam hutan.
Laporan bedah siasat semalam mendapati kematian Nora Anne, yang mengalami masalah pembelajaran, tidak mempunyai unsur jenayah.
Remaja perempuan itu disahkan mati akibat kebocoran usus kerana tidak makan untuk tempoh lama dan tekanan yang berpanjangan.
Pada 17 Ogos mayat Nora dibawa keluar daripada Jabatan Perubatan Foresik Hospital Tuanku Ja’afar Seremban untuk dibawa pulang.
0 Comments