Nik Nazmi lapor polis fitnah KEADILAN tolak Al-Quran


PEMBANGKANG
seolah-olah tidak mempunyai hujah kuat untuk meyakinkan rakyat bahawa mereka lebih layak memerintah berbanding Pakatan Harapan (HARAPAN)

Kebelakangan ini, mereka lebih gemar memainkan semula sentimen perkauman dan agama bagi menarik semula sokongan rakyat walaupun perkara itu tidak benar.

Ia termasuk apa yang dimainkan penyokong-di media sosial dengan dakwaan kononnya kerajaan HARAPAN sedang menggadai Islam.

Terbaharu, Parlimen Setiawangsa Nik Nazmi Nik Ahmad hari ini membuat laporan polis terhadap dua individu yang memainkan isu serupa.

Ketua Penerangan Umno bahagian Pokok Sena, Noran Zamini Jamaluddin dan penulis blog Raja Petra Kamaruddin dakwanya membuat kenyataan berbaur fitnah kepada parti KEADILAN.

Dalam laporan polisnya di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, Kuala Lumpur siang tadi , Kedua-dua mereka didakwa memfitnah KEADILAN menolak al-Quran sebagai kitab sebenar.

“Ia berkenaan ceramah dibuat oleh pemimpin Umno Noran Zamini dan dalam ceramah tu (Noran) ada cakap bahawa KEADILAN telah keluarkan kenyataan media bahawa kita tolak al-Quran sebagai kitab sebenar.

“Dia (Noran) membuat kenyataan merujuk kepada ulasan yang dibuat Raja Petra tentang sidang media biro politik PKR pada 21 Ogos lalu,” katanya dipetik Malaysiakini.


Tambah Nik Nazmi berkata kenyataan asal yang dibaca olehnya sewaktu sidang medi sebelum ini menjelaskan bahawa orang Islam mempunyai hak untuk berdakwah tetapi tidak seharusnya menyakiti perasaan kaum lain tetapi telah diputarbelitkan.

“Kenyataan saya jelas yang kita cuma cakap semua orang (Islam) ada hak untuk berdakwah tetapi jangan menyakiti kaum lain," katanya.

Tindakan pemimpin politik yang sengaja menghangatkan suasana dengan memutarbelit kenyataan bagi kepentingan sendiri merupakan budaya tidak sihat yang harus dikekang.

Fenomena ini dilihat sudah keterlaluan. sesetengah pemimpin sanggup menghina dan mengkafirkan Islam yang lain hanya kerana berbeza pandangan politik.

Pada 2016 contohnya,  Yang Di-Pertua PAS Padang Serai Shaharuddin Ibrahim dalam kuliahnya yang viral di media sosial cuba mengkafirkan Seri Dr Wan Azizah Ismail dengan berkata jika beliau tidak sempat menyokong usul RUU355, beliau bakal ditanam di jirat (perkuburan bukan Islam).

Post a Comment

0 Comments