Jangan sibuk main politik, pemimpin perlu tunai janji


"KURANGKAN berpolitik, rakyat sudah muak," demikian pesan Ahli Dewan Undangan Negeri(ADUN) Kajang, Hee Loy Sian kepada pemimpin kerajaan.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Alam Sekitar, Teknologi Hijau, Sains, Teknologi Dan Inovasi (STI) Dan Hal Ehwal Pengguna Selangor itu berkata, rakyat sudah muak dengan sikap pemimpin yang hanya berpolitik.

Janji dilafazkan kepada rakyat menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lalu tegasnya perlu segera dipenuhi.

“Jika janji subsidi minyak untuk golongan B40 cepat buat, janji hapuskan tol cepat buat.

“Jangan bagi rakyat tertunggu-tunggu. Kerajaan Pusat kena buat cepat. Kurangkan berpolitik, rakyat sudah muak,” katanya.

Loy Sian sebelumnya hadir pada Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan KEADILAN Cabang Petaling Jaya Selatan 2019, di Taman Medan pada Ahad.

Sementara itu tegasnya, pemimpin kerajaan juga perlu menumpukan usaha menyelesaikan isu-isu kritikal dihadapi rakyat. Malaysia katanya perlu melangkah ke hadapan dan meninggalkan isu yang boleh menggugat keamanan sesuatu kaum.

“Kita ada isu serius iaitu ekonomi. Gaji yang tinggi diperlukan rakyat, atasi kemiskinan bandar dan beri peluang pekerjaan kepada rakyat.

“Bukan isu agama atau perkauman yang dibangkitkan oleh pihak lawan.  Negara lain langkah ke depan tapi kita masih membangkitkan isu lama iaitu perkauman,” katanya.

Jesteru tambahnya, semua pihak termasuk rakyat perlu memain peranan bagi memulihkan ekonomi negara ketika ini.

Post a Comment

0 Comments