Dua rentung kereta Audi rempuh paver.


DUA
lelaki rentung setelah kereta jenis Audi yang dinaiki terbakar selepas melanggar mesin perata jalan di Jalan Beruas- Sitiawan malam tadi.

Jurucakap bomba berkata, pihaknya menerima maklumat kemalangan membabitkan sebuah kereta dengan mesin perata jalan kira-kira jam 11.03 malam tadi.

Keadaan kenderaan mangsa | Sumber JBPM
Susulan itu anggota bomba dari Balai Bomba Ayer Tawar dikerahkan ke tempat kejadian untuk operasi menyelamat dengan dibantu oleh anggota dari Balai Bomba Pantai Remis.
Seorang lelaki turut dilaporkan cedera parah dalam kejadian itu.

"Kemalangan melibatkan sebuah kereta jenis Audi yang melanggar sebuah mesin paver atau perata jalan yang diletakkan di bahu jalan menyebabkan kereta tersebut terbakar.

"Terdapat dua orang mangsa dipercayai rentung di lokasi kejadian manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan parah dan telah dihantar ke hospital oleh orang awam," katanya dipetik laporan Utusan.

Sementara itu, kesemua identiti mangsa yang terbabit jelas sumber itu masih belum diketahui.

Post a Comment

0 Comments