Zakir Naik dihalang ceramah seluruh negara.


PIHAK Polis Di Raja Malaysia dilapor telah mengeluarkan arahan amengharamkan pendakwah kontrovesi Dr Zakir Naik daripada menyampaikan ceramah awam di negara ini.

Difahamkan, ia dibuat atas faktor keselamatan susulan perkembangan mutahir ini yang menyaksikan keadaan kurang senang timbul susulan kenyataan dibuat Zakir.

Memetik laporan Malay Mail, perkara itu disahkan Ketua Komunikasi Korporat Polis Diraja Malaysia (PDRM) Asmawati Ahmad.

"Ya, perkara (larangan) itu telah disampaikan kepada semua kontinjen polis, dan ini dilakukan demi kepentingan keselamatan negara dan untuk memelihara keharmonian kaum," katanya kepada akhbar itu malam tadi.

Perkembangan itu menyusul setelah beberapa negeri dilapor menyekat Zakir dari memberi ceramah, negeri terbabit ialah  Selangor, Pulau Pinang, Kedah, Perlis, Sarawak dan Johor.

BACA: Nasib Zakir Naik dihujung tanduk

Zakir, yang dikehendali kerajaan India pada satu program di Kelantan baru-baru ini didakwa membuat ucapan berbaur perkauman.

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed dalam satu kenyataan menyifatkan tindakan Zakir sebagai telah melanggar peraturan statusnya sebagai Penduduk Tetap (PR) di negara ini.

Semalam, Zakir sekali lagi dipanggil ke Bukit Aman bagi merakam keterangannya berhubung ucapannya itu.

Dia kini disiasat di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan kerana mengeluarkan kenyataan yang boleh mengancam keamanan selepas 115 aduan awam dibuat terhadapnya

Post a Comment

0 Comments