Kelantan gagal ketepi saman tanah adat


KERAJAAN PAS Kelantan dilapor gagal mengetepikan saman pemula berhubung tanah adat masyarakat Orang Asli suku Temiar di Gua Musang Januari lalu. 

Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh dalam penghakimannya sepeti dilapor Bernama berkata kerajaan negeri tidak mempunyai hak untuk menghalang saman tersebut kerana ia boleh menjejaskan masyarakat Orang Asli di kawasan berkenaan.

 “Mahkamah juga berpendapat kes ini boleh dibicarakan di Mahkamah Tinggi Kota Bharu dan tidak perlu dibawa ke Mahkamah Persekutuan dan masyarakat Orang Asli juga berhak hidup di kawasan tersebut kerana telah mendiami tempat itu sejak turun-temurun,” katanya dalam penghakiman tersebut.

Pada Januari lepas buat pertama kali dilaporkan sejak kemerdekaan, kerajaan Persekutuan persekutuan mengambil tindakan prosiding mahkamah mewakili pihak Orang Asli. 

Saman itu difailkan susulan  pertikaian aktiviti pembalakan yang ditentang hebat masyarakat Orang Asli.

Bulan lepas, kerajaan negeri memohon mengetepikan saman tersebut kerana berpendapat kes tersebut hanya boleh dibicarakan di Mahkamah Persekutuan namun gagal. 

Sementara itu Wan Ahmad Farid menetapkan 25 Sept depan bagi perbicaraan injunksi yang dipohon oleh kerajaan Persekutuan untuk menghentikan sebarang aktiviti berkaitan pembalakan dan pertanian di kawasan itu.

Post a Comment

0 Comments