Vanida Imran wakili M'sia dalam silat



SIAPA sangka, percubaan awal mendalami seni silat yang awalnya untuk memantapkan persembahan teater akhirnya membawa Vanidah Imran ke pentas pertandingan seni bela diri antarabangsa. 

Vanidah, yang pernah dinobatkan sebagai Pelakon Wanita Terbaik dalam Festival Filem Malaysia ke-20 pada 2007 terpilih mewakili Malaysia dalam Chungju World Martial Arts Masterships (WMC) 2019 di Korea Selatan bersama Persekutuan Seni Silat Cekak Pusaka Ustaz Hanafi Malaysia (Pusaka Hanafi). Bakal berada di Korea Selatan bermula 29 Ogos hingga 7 September ini.
Vanidah menjalani latihan intensif  | Sumber - Google
Bersama 19 peserta lain, Vanida akan  bersaing dengan atlet-atlet dari 100 negara lain. 

"Sebelum ini saya ada belajar beberapa jenis silat dan seni mempertahankan diri untuk lakonan drama, filem atau teater tetapi saya hanya belajar yang asas sahaja. 

"Saya terbuka hati untuk mempelajari Pusaka Hanafi dengan lebih mendalam selepas terlibat dengan pementasan teater. 

Tak pernah terfikir untuk mendalami bidang ini dengan lebih serius sehingga mewakili Malaysia," katanya.

Mengakui rasa sedikit berdebar, pelakon filem The Red Kebaya itu bagaimanapun melahirkan rasa bangga dengan penghormatan diberikan. Beliau berjanji akan mengalas tanggungjawab diberikan sebaik mungkin.

"Insya-Allah, kami akan melakukan persembahan terbaik di sana. Rasa berdebar itu ada kerana kami mewakili Malaysia, tetapi kami akan berusaha untuk memberikan yang terbaik demi negara tercinta," kata pemain teater Lantai T. Pinkie itu lagi.

Sementara itu Vanidah turut mendedahkan bahawa beliau sudah terlibat dalam dunia seni bela diri itu sejak tiga tahun lalu, dan menjalani latihan intensif untuk pertandingan tersebut sejak dua bulan lalu.
 

Post a Comment

0 Comments