Madrasah Ad Diniah dijilat api


SEBAHAGIAN Madrasah Ad Diniah Al Ismailiah di Kampung Paya Jauh dekat Temerloh dilapor musnah dijilat api hari ini.

Memetik laporan Sinar, dalam kejadian kira-kira 10 pagi itu, lapan daripada 64 unit asrama musnah. bagaimanapun nasib menyebelahi pelajar kerana tiada di asrama berkenaan ketika kejadian berlaku.

Seorang pekerja Alam Flora yang juga saksi kejadian, Mohammad Farhan Abdul Rahman, 27, memberitahu dia terlihat api sebaik tiba di lokasi kejadian.

Katanya, dia datang ke madrasah itu untuk mengutip sampah di lokasi terbabit dan segera membuat panggilan telefon kepada pihak bomba.
 
Seramai 15 anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bukit Angin dan BBP Temerloh dikejarkan ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan orang awam pada jam 10.28 pagi.

Dua jentera Fire Rescue Tender (FRT), satu jentera tangki air dan satu Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) digerakkan ke kawasan kebakaran.

"Bangunan asrama berkenaan adalah separa kekal iaitu separuh kayu.

"Api berjaya dikawal pada jam 10.51 pagi dan operasi berakhir pada jam 1.25 petang tadi," kata Penolong Penguasa Bomba, Hasnuddin Husin dalam satu kenyataan.

Sementara itu, jumlah kerugian dan punca kejadian masih disiasat.

Post a Comment

0 Comments