Kompleks Rumah Kelahiran Tun Dr Mahathir dibuka semula



PELANCONG ke negeri Kedah kini boleh melawat Kompleks Rumah Kelahiran Tun Mahathir Mohamad yang dibuka kembali kepada umum selepas ditutup untuk projek menambah baik kompleks terbabit pada 2017.

Terletak di  Lorong Kilang Ais, Jalan Pegawai, Alor Setar, kompleks itu kini dipertingkatkan dengan teknologi terkini seperti hologram dan animasi tiga dimensi.

Ia dijangka mampu menjadi daya tarikan terbaru buat golongan remaja dan kanak kanak.

Kompleks Rumah Kelahiran Tun M | Sumber - Google
Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Mohamaddin Ketapi berkata, pembukaan semula tapak bersejarah itu juga sebagai salah satu usaha kementeriannya dalam membantu kerajaan negeri Kedah mempromosikan sektor pelancongan warisan menjelang Tahun Melawat Malaysia pada 2020.

Ia juga bagi membolehkan pengunjung untuk mengenali dengan lebih mendalam tentang kehidupan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad.

"Kita pun mohon kerjasama antara Tun Mahathir dan kerajaan negeri dan kita (MOTAC) akan bantu nanti supaya banyak lagi pelancong yang akan datang," ujar beliau.

Mohammadin Ketapi merasmikan pembukaan semula kompleks rumah kelahiran Mahathir Mohamad, di Alor Setar pada Sabtu.

Dalam perkembangan sama, Mohamaddin menegaskan kementeriannya akan sentiasa memastikan khazanah warisan negara sentiasa dipelihara dan dipulihara.

Post a Comment

0 Comments