Tahu tak? bas mini bakal kembali beroperasi


LEBUH
Ampang ... Bangkok Bank ... Chow Kit! - begitulah jerit pemandu bas di Kuala Lumpur pada tahun-tahun 70 hingga lewat 90-an.

Pemandu bas itu mahu cepat, kerana Kuala Lumpur ketika itu bergerak sangat pantas, dia mahu pastikan tiada seorang pun penumpang menunggu mereka terlalu lama.

Bas mini diberi jolokan "pink lady" |Sumber - Google
Dicat dengan warna merah jambu, tiada warga Kuala Lumpur yang tidak mengenalinya.. dari jauh mereka dapat melihat "Pink Lady".. Itulah dia Bas mini.
Perkhidmatan bas mini sangat 'epik', walaupun generasi hari ini mungkin tidak mengenalinya, tetapi percayalah ia merupakan sistem pengangkutan darat paling cekap di Malaysia. Ia tidak pernah menghampakan.

Ironinya sistem bas mini yang diperkenalkan sejak September 1975 oleh kementerian pengangkutan itu tidak mempunyai jadual waktu tetap berbanding sistem sekarang.

Atas sebab kononnya mahu memodenkan perkhidmatan bas, malangnya pada 1 Julai 1998 perkhidmatan ini dihentikan.


Bakal muncul semula

Namun kini selepas 21 tahun dihentikan, bas mini dilapor akan membuat kemunculan semula di ibu negara mulai bulan depan.

Tambang murah tapi cepat sampai ke destinasi
Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Bus Sdn Bhd Muhammad Yazurin Sallij berkata, ia akan beroperasi dengan kekerapan 15 minit (waktu puncak) dan 25 minit (luar waktu puncak).
Boleh memuatkan 31 penumpang dalam satu-satu masa, ia bakal beroperasi dari 5:30 pagi hingga 11:40 malam.

“Ini adalah sebahagian daripada inisiatif Rapid Bus untuk memberi perkhidmatan lebih baik dan kerap kepada penumpang kami,” katanya dalam kenyataan.

Untuk itu, Rapid KL akan mengadakan perkhidmatan bas mini percubaan dari hab Bukit Indah ke Ampang Point, menerusi Jalan Rasmi dari 1 September hingga 29 November ini.

Perkhidmatan percubaan itu adalah bagi membolehkan Rapid Bus menilai akan kesesuaian perkhidmatan bas mini diadakan semula.

Zaman keemasan di Kuala Lumpur
“Jika ada permintaan yang menggalakkan semasa perkhidmatan percubaan ini, kami akan menimbangkan untuk mengekalkan perkhidmatan bagi laluan ini dan berkemungkinan memperluaskannya ke laluan lain pula,” tambah Yazurin.

Ingat impian kita hanya akan menjadi kenyataan jika ujian percubaan itu mendapat sambutan menggalakkan.

Penumpang turut dialu-alukan untuk memberi maklum balas semasa perkhidmatan percubaan itu dengan menghubungi Rapid KL Helpline di talian 03-7885 2585 atau menghantar e-mel kepada suggest@rapidkl.com.my.

Post a Comment

0 Comments