SEORANG buruh binaan maut dalam keadaan mengerikan kerana dipenggal bapa saudaranya sendiri.
Dalam kejadian di Pulau Biliran dekat Filipina pada Ahad itu, Roger Paje, 48 dilapor terpenggal kepala Eduardo Rosquitos dengan gergaji rantai.
SunStar Philippines dalam laporannya berkata, Rosquitos, 30 sedang tidur dirumah bapa saudaranya.
Mangsa sebelumnya mabuk | Sumber- PNP |
Sebelumnya, Paje, Rosquitos dan seorang lagi individu dikenali sebagai Edgardo Canete mengambil minuman keras pada kira-kira jam 8 pagi.
Canete yang juga merupakan saksi kejadian memberitahu dia sedang tidur apabila terdengar bunyi gergaji rantai dihidupkan.
Kerana terkejut melihat kepala Rosquitos terputus daripada tubuhnya, Canete yang bimbang keselamatan dirinya melompat keluar dari rumah itu melalui tingkap sebelum melarikan diri.
Paje kini ditahan pihak berkuasa dan dia mendakwa tidak sedar dengan apa yang dilakukan, manakala Canete pula memaklumkan kepada polis bahawa Paje menutup mata ketika dia melakukan perbuatan itu.
0 Comments