Sheryl Shazwani tersingkir dari Big Stage



PENTAS Big Stage 2019 minggu kedua malam tadi menyaksikan penyingkiran peserta pertama, Sheryl Shazwanie.

Keputusan penyingkiran itu dibuat selepas penyanyi berusia 22 tahun dari Petaling Jaya itu berada pada tangga tiga terbawah pada akhir konsert.

Selain Sherly, turut berada di tiga terbawah ialah Aziz Harun (Brunei) dan Chaleeda (Thailand).

Kedudukan peserta adalah berdasarkan undian juri tetap dan undian atas talian dikira.

Sheryl yang menyampaikan lagu Drama yang dipopularkan Drama Band malam tadi mendapat kritikan dari Datuk Shafinaz Selamat sebagai juri jemputan.

Sebagai rekod, Sherly mula popular melalui lagu saduran Kun Anta oleh Humood AlKudher yang ditularkan di laman sosial.

Penyanyi yang berkebolehan bermain gitar itu kemudian muncul dengan beberapa single antaranya Hati-hati Dengan Cinta, Potret Lebaran dan Perasaan hasil ciptaan Room None dan Senikata oleh Iman Imran.

Video muzik Perasaan yang dimuatnaik ke laman Youtube sejak Julai tahun lalu sehingga kini telah ditonton lebih 13 juta kali.

Sementara itu, Konsert Big Stage malam tadi menyaksikan persembahan mantap 12 peserta.

Antara yang paling mencuri penyanyi dari Korea Selatan Han Byul yang menyampaikan lagu Vroom Vroom dipopularkan Nabila Razali selain Santesh yang menyampaikan lagu Balqis olej juri tetap Big Stage Datuk Seri Siti Nurhaliza.

Pada minggu depan, 11 peserta akan berentap diatas pentas Big Stage dengan tema "Glocal Hits".

Post a Comment

0 Comments