PRESIDEN Brazil, Jair Bolsonaro mengumumkan langkah drastik bagi menangani insiden kebakaran di hutan hujan Amazon yang semakin membimbangkan.
Bolsonaro minggu lalu meluluskan satu perintah undang-undang (dekri) bagi membenarkan kerahan tentera bagi membantu memadam kebakaran di kawasan hujau yang digelar sebagai paru-paru bumi itu.
Keputusan itu dibuat selepas satu mesyuarat krisis lewat malam bersama anggota Kabinet negara itu.
Terdahulu, kerajaan Brazil didakwa lambat bertindak bagi menangani krisis kebakaran itu.
Ia mencetuskan protes jalanan di Rio de Janeiro dan Sao Paulo serata membangkitkan tekanan antarabangsa terhadap kerajaan Brazil.
Presiden Perancis, Emmanuel Macron menuduh Bolsonaro berbohong kepadanya berhubung pendirian Brazil terhadap perubahan iklim.
Perancis bercadang mengadakan sekatan dagangan antara Kesatuan Eropah dan blok dagangan Amerika Selatan (Mercosur), yang termasuk Brazil, menurut pegawai di pejabat Presiden Perancis.
Ireland juga turut mengancam untuk menyekat perjanjian tersebut dan Finland pula menyatakan pihaknya akan mencadangkan negara-negara EU agar berhenti mengimport daging Brazil.
Sebagai rekod, angka terkini menunjukkan sebanyak 76,720 kebakaran hutan direkodkan di Brazil setakat tahun ini, jumlah kejadian tertinggi sejak 2013.
Sekumpulan pakar mendakwa kebakaran marak dengan cepat disebabkan oleh aktiviti penerokaan hutan bagi tujuan pertanian dan padang rumput semasa musim kemarau.
Asap tebal menyelubungi ruang udara di kawasan hutan padat arah barat laut negeri Rondonia, dengan api kebakaran jelas kelihatan sejauh beberapa kilometer.
Bolsonaro minggu lalu meluluskan satu perintah undang-undang (dekri) bagi membenarkan kerahan tentera bagi membantu memadam kebakaran di kawasan hujau yang digelar sebagai paru-paru bumi itu.
Keputusan itu dibuat selepas satu mesyuarat krisis lewat malam bersama anggota Kabinet negara itu.
Kebakaran di Amazon | Sumber - Rainforest Trust |
Ia mencetuskan protes jalanan di Rio de Janeiro dan Sao Paulo serata membangkitkan tekanan antarabangsa terhadap kerajaan Brazil.
Presiden Perancis, Emmanuel Macron menuduh Bolsonaro berbohong kepadanya berhubung pendirian Brazil terhadap perubahan iklim.
Perancis bercadang mengadakan sekatan dagangan antara Kesatuan Eropah dan blok dagangan Amerika Selatan (Mercosur), yang termasuk Brazil, menurut pegawai di pejabat Presiden Perancis.
Ireland juga turut mengancam untuk menyekat perjanjian tersebut dan Finland pula menyatakan pihaknya akan mencadangkan negara-negara EU agar berhenti mengimport daging Brazil.
Sebagai rekod, angka terkini menunjukkan sebanyak 76,720 kebakaran hutan direkodkan di Brazil setakat tahun ini, jumlah kejadian tertinggi sejak 2013.
Haiwan turut jadi mangsa |

0 Comments