Jadi badut demi kucing kesayangan.



DEMI kasih sayang, seorang wanita sanggup bekerja sebagai badut bagi mengumpul wang untuk membeli makanan buat kucing dan anjing jalanan.

Dipetik laporan Malaymail, wanita itu yang dikenali Nazirah Abd Rahman, 42 melakukan pekerjaan itu setiap minggu sambil menjual belon pelbagai rupa dan bentuk di kafe Konda Kondi di Ipoh.

Nazirah memerlukan RM400 seminggu | Sumber - MalayMail
“Saya simpati terhadap mereka. Mereka bukan macam manusia, tak dapat beritahu bila lapar dan sakit.

“Jadi, bila jumpa kucing atau anjing jalanan, saya akan beri mereka makan dan jika mereka cedera, saya bawa mereka jumpa doktor haiwan.” kata Nazirah dipetik laporan portal itu.

Sewajarnya sikap kasih sayang Nazirah yang juga dikenali sebagai 'Mama Pinky' terhadap haiwan wajar jadi ikutan.


BACA:
Setelah 11 tahun, kucing hilang bertemu pemiliknya

Nazirah yang mula membantu haiwan jalanan sejak empat tahun lalu berkata, beliau memerlukan sekurang-kurangnya RM400 setiap minggu untuk menjaga kesemua kucing dipelihara di rumah dan yang dijumpainya di jalanan.

Sifat pemurah turut jadi inspirasi anak-anak | Sumber - MalayMail
"Sebelum ini saya hanya mampu menjaga sedikit saja, tetapi lepas buat kerja sampingan ini saya boleh jaga lebih banyak terutama yang alami kecederaan," tambahnya lagi.

Ibu kepada tiga anak berumur antara 20 dan 23 tahun itu turut berbangga dengan sifat anak-anaknya yang kini mencontohi usaha beliau.

"Apabila mereka jumpa haiwan yang cedera, mereka akan bawa pulang ke rumah supaya dapat dirawat. Sekalipun haiwan itu sudah mati, mereka membawa mereka kembali ke rumah dan menguburkannya," tambah Nazirah.

Post a Comment

0 Comments