Bapa hilang ketika selamatkan anak lemas


SEORANG lelaki lemas, manakala bapanya berusia 50-an hilang di perairan Labuan semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 8.30 pagi itu mangsa Izam Jahar berusia 20-an bersama bapanya Jahar Asri dan seorang rakan mereka, Rosman Emang, 40-an keluar memancing dengan menaiki sebuah bot.

Izam dikatakan terjatuh kedalam laut susulan ombak kuat.

Susulan kejadian itu, bapa mangsa terjun ke dalam laut untuk menyelamatkan Izam, namun beliau kemudiannya tidak ditemui.

Mangsa disahkan meninggal dunia
“Jahar dikatakan hilang selepas terjun ke laut bersama segelen air untuk menyelamatkan Izam yang terjatuh dari bot akibat dipukul ombak besar.

“Rakan mangsa memaklumkan, ketika kejadian dia cuba menghidupkan enjin bot mereka yang mati dan apabila berjaya dihidupkan, dia hanya menemui anak mangsa dalam keadaan terapung manakala mangsa hilang,” kata Laksamana Muda Maritim Kamaruszaman Hassan dalam kenyataan.

Kamaruszaman berkata, Rosman membawa Izam ke darat untuk mendapatkan bantuan sebelum disahkan meninggal dunia.

Susulan kejadian itu, operasi mencari dan menyelamat (SAR) diaktifkan pada jam 10.30 pagi. Kehilangan mangsa turut dimaklumkan kepada pihak lain termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan Taman-Taman Sabah bagi membantu operasi SAR.

Post a Comment

0 Comments